Majlis perkahwinan Linda & Mel

Majlis perkahwinan kawan aku nih berlansung meriah dengan kehadiran kawan2 sekerja. Linda ialah kawan masa sama2 kerja dalam bidang telekomunikasi kat Central Square Sungai Petani dolu2... Mel yang pertama kali aku jumpa kat umah kenduri nih memang sporting dan ramah tamah seperti kebanyakkan orang yg aku kerap jumpa.. ntah kenapa skarang nih ramai plak yang ramah tamah dengan aku... hehehe... Mel nih keje combat dan berasal dari Sarawak... Aku hadir sebagai kawan rakan dan bukanlah sebagai jurugambar majlisnya. Kemeriahan makin ketara dengan rasa lapar yg mengasak2 perut aku dari pagi itu... maka aku memuji tukang masak yg ditugaskan untuk majlis tu kerana memang lauknya sedap2. Apatah lg lauk2 tu bercirikan traditional, lglah menjadi kegemaran aku.


Linda dan Mel diapit oleh kedua orang adiknya... yang kiri tu Ina... yang kanan tu plak adalah scandal sementara aku pada hari tersebut, Dikwa... tapi.. itu bukan aku yg kata... kamera nih yg snap gambo menyebabkan aku discandalkan...

Dan.. dikala Mel sedang tak perasan.. sempat lg aku bergambar dengan Linda... sib baek Mel tak perasan... Risau gak aku tengok keris yang terselit kat pinggang dia tu... bukan bleh buat maen... walaupun aku nih tak takut mati tapi aku masih takut tak kawen sebelum mati... tapi takut lg mati sebelum cukup amalan dan bekalan akhirat...

Linda nih nama yang betulnya ialah Izni Iroslinda... aku tak tahulah masa akad nikah tu Mel (Ismail) tu tergeliat lidah ke tak... tapi yg pastinya nama tu unik...
Ok la... disebabkan aku dah taktau nak berceloteh apa kali nih maka aku tamatkan dengan sajian gambar2 berikut yg sempat aku tembak kat majlis tu... Terima kasih kepada Linda, Mel, Ina, Dikwa dan semua yg turut terbabit melayani kerenah aku kat majlis tu... semoga jodoh kalian berpanjangan dan diberikan keberkatan dalam menjalani kehidupan berumahtangga...