Termalas di dunia...

Hai kengkawan sumer.. harap semuanya sihat seperti aku... semalam waktu borak2 ngan kawan... ada yg bgtaw ada kawan2 yg slalu masuk blog aku nih... kesian plak bila dikatakan tiap kali masuk aku tak update. Nak kata aku banyak keja... aku tak keja pun... nak kata aku malas... mungkin la kan... tp oleh sbb nak control macho aku taknak cakap aku malas tp aku nak cakap aku takder idea nak tulis. Lagi satu kalau aku dah start tulis nanti berderet2 plak aku tulis...

Ok la... berkenaan kemalasan yg sengaja aku tak ngaku tu.. nih aku ada satu crita... bacalah dengan muka yang serius... kalau lepas baca korang masih serius maknanya korang memang malas macam aku gak... hahahhaa....


Pada masa dahulu (ayat biasa yg org slalu guna utk permulaan crita klasik), ada sebuah negeri yang diberi nama Negeri Pasir Tersusun dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka, hinggakan mereka sanggup menyusun pasir-pasir hingga mengelilingi negeri mereka. Dalam negeri itu terlalu sukar untuk mencari orang yang malas.

Oleh sebab Raja yang memerintah pun sangat rajin maka pada satu hari oleh kerana kerajinannya, Raja telah terfikir untuk mencari seorang rakyatnya yang malas. Sesiapa yang malas itu akan raja kurniakan sebuah PSP warna pink utk mengisi kekosongan idup orang yang malas itu.

Maka pengumumuan pun dibuat pada satu perhimpunan bersama rakyat jelata. Dalam ramai2 tu pun adalah seorang yang telah tampil ke hadapan dan mengaku dirinya sangat malas.

Katanya : "saya adalah yang paling malas tuanku"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam..... semua orang pun terdiam...

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"Saya adalah yang paling malas tuanku...!!".

Raja pun bertanya: "oh.. awak lebih malas dari mereka berdua...? bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab :









"Nak cite pun malas"

hahahha....!!! Begitulah ceritanya betapa kemalasan aku nih sampai tahap nak crita pun malas. Jadi aku memang layak menerima sebuah PSP warna pink kalau ada sesapa yg nk bg... Tapi... insyaAllah, lepas nih aku cuba utk tidak malas2 lagi... sebetulnya nak tulis dan edit gambar tu yang malas tapi kalau aku letak crita2 biasa yg dicilok dari web laen rasanya baek korang search kat tempat laen. Tul tak....?

Bg aku.. bila dah buat blog nih aku suka untuk guna identity sendiri tanpa meniru orang laen walaupun kadang2 blog laen tu yang jadi inspirasi.

Sehingga bertemu lg... malas2kanlah diri anda sebelum anda dimalaskan oleh waktu dan keadaan... (sendiri fikir la beb...) :)