Assalamualaikum.... Seperti biasa aku terus melambat2kan proses update blog nih... betapa rasa malas nak menulis menguasai diri... aku gagahi juga dinihari nih demi untuk tidak membiarkan blog nih bersawang... Erkk.. bila bercakap pasal sawang nih aku nak khabarkan bahawa aku adalah peminat serangga labah2... cuma aku ja tak berkesempatan mengenali dengan lebih baek lg akan binatang tu... Tapi kenyataanya tiap kali ada aku jumpa labah2 aku akan sapa dengan tanganku dan membiarkan ia merayap2... Biarkanlah kisah labah2 nih... bukan itu sebenarnya yg nak diceritakan kali nih tetapi tentang kejadian yang berlaku pada 23 & 24hb Mei tempoh hari apabila aku berkesempatan utk mengikuti Kem Fotografi yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya yang bertempat di Wetland Putrajaya. Syarikat yang diberikan mandat utk menjadi guru pada kem nih ialah daripada AppleMint Studio.
Kem fotografi yang julung2 aku ikuti nih sebenarnya terbuka kepada peserta yang berumur 13tahun keatas dan kerana kesedaran aku sebagai seorang insan yang dah lebih dari umur budak sekolah tingkatan satu tu maka demi menambahkan ilmu didada aku ikuti juga. Apatah lagi dengan kehadiran rakan2 seperti Khairi dan Najib yang acapkali menjadikan suasana seperti seorang yang siuman diatara org2 yg tak siuman didalam hospital mental.. asyik ketawa dengan lawak jenaka yg kalau aku ceritakan semuanya akan menyebabkan blog nih rasa seperti tak jumpa noktah akhir.
23hb, 8pg.. aku, Khairi dan Najib melangkah ke meja pendaftaran yang dihiasi kakak comey yg aku tak sempat nak bertanya nama, number surat beranak atau statusnya... selesai pendaftaran yg disulami dengan penerimaan fail kuning yang diisi dengan helaian peta dan aturcara sepanjang kem yg menyebabkan RM40 bertukar tangan, kami bertiga terus dijemput utk menjamah sarapan pg berupa nasi lemak dan tea 'o'. Sambil duduk2 menjamu selera mata asyik menjeling kepada peserta2 laen yg kian membanjiri tapak pendaftaran tu. Aku sebenarnya tercari2 kalau2 hanya kami bertiga ja yg umur2 melebihi tahap budak sekolah tetapi sukacitanya ropa2nya ramai lg yg senasib dgn kami kerana telah berinjak usia.. Barulah lega hati.. bimbang juga takut semua pesertanya berumur 13 tahun sampai 14 @ 15 tahun... tak pasal2 aku yg sepatutnya dipanggil 'abg' nih dipanggil 'pakcik' pulak.
Selesai makan2 kami diminta utk berkumpul utk mendengar perasmian majlis... Orang pertama yg memperkenalkan diri pada hari itu ialah saudara Komeng daripada Wetland Putrajaya iaitu insan yg mewakili pihak penganjur. Selepas beratus2 patah dan beberapa kerat lawak jenaka maka giliran org yg akan mengajar kami sepanjang Kem iaitu saudara Nik daripada AppleMint Studio. Dengan lawak jenaka yg diselit2 dengan kerakusan seorang peserta yg asyik bersedia tampil ke hadapan utk menjawab soxlan dan menjadi model maka aku meramalkan aktiviti ini akan pasti menarik.
Ilmu pertama yg aku dapat selain daripada jangan memakai stokin berlubang sewaktu mengikuti kem kerana disuruh buka kasut dan bersila ialah lens boleh dicuci dengan minyak yg terhasil dimuka akibat panas atau berkuap.. caranya ialah dengan mencalitkan hujung jari pada muka kita yang berminyak dan gosokkan minyak itu pada lens, tutup seketika dengan cap dan sinarkannya dengan kaen pengelap cermin / kanta... Aku tak sangka plak yg minyak kat muka tu bleh menjadikan cermin lens bersih, maka jgn hairan kalau sedikit hari lg pencuci muka utk menyingkirkan minyak pada muka tidak laku kepada photographer. Biarlah muka dan lens sama2 bersinar.. sekurangnya dapat gak membantu speedlight yg dah low battery atau reflector yg dah terkoyak... hahahha...!!
Aku tertarik dengan sesuatu yg disajikan oleh pihak penganjur sepanjang Kem iaitu disediakan tempat yg dinamakan ZON BUNUH DIRI yg mana kawasannya ialah ditengah2 padang yg strategik dan teduh dan tersedia meja makan beserta kerusi dan diletakkan buku menu. Menunya ialah risalah tentang akibat merokok dan kesan2nya... Rupanya Zon Bunuh Diri yang dimaksudkan itu ialah kawasan merokok kerana ditempat laen di kawasan Wetland tidak dibenarkan merokok.
Cuba tuan2 dan puan bayangkan... Seorang lelaki yang sebentar tadi berkata malas hendak menulis dan sekarang sedang berada didepan komputer memikirkan tentang ayat2 yang hendak ditulis lg walaupun sebenarnya dah tulis begitu banyak hingga menyebabkan orang2 yang melawat blognya berasa curiga dengan kemalasnnya. Tidakkah tuan2 dan puan2 rasa hendak memaki hamun atau mengatakan "Podahh...~!! Tadi kata malas nak tulis.. skarang dah tulis panjang berjela, hampeh, busuk punya orang...!!". Tuan2 dan Puan2 marahlah dia... aku juga nak marahkan dia tetapi disebabkan lelaki itu ialah aku maka aku tidak marah lelaki itu... aku kenal dia.. aku tahu situasinya...
dan.. lelaki itu bersedia utk menamatkan penulisannya kali ini walaupun banyak lagi yg boleh diceritakan. Mungkin gambar2 berikutnya ini sudah cukup utk menceritakan suasana yang berlaku sepanjang Kem tersebut dan skali lg izinkan lelaki itu sekali lg memalaskan dirinya utk menyambung penulisannya pada masa akn datang.. adios..~!!