Assalamualaikum semua...
Hari ini aku sengaja nak memulakan blog nih setelah sekian lama bz dengan kerja2 sebagai photographer perkahwinan... Kepada sesiapa yang nak kawen dan dah bersedia menjejakkan kaki ke jenjang pelamin... sila-silalah melawat ke laman web khas yang aku bangunkan khusus untuk wedding fotography... >>pengantin.org<<
Hari ini telah tercatat sejarah apabila aku telah berjaya menambah ahli baru dalam bidang fotografi apabila Nikon D70s telah berjaya menjadi milik aku... Yahoooooo...~!!! Dah lama guna D40 akhirnya aku telah berjaya mendapatkan teman untuk D40 aku nih...
Kamera ini telah sah menjadi milik aku setelah terpaksa menghanguskan lebih RM1k wang simpanan aku didalam bank lambang kepala harimau itu... Pemilik asalnya adalah seorang anggota Marin Pulau Pinang dan menetap di Batu Uban. Terima kasih kepada abg Mat Isa kerana sudi memadukan kameranya dengan kameraku. Itupun setelah puas aku minta untuk kurangkan mas kawen. Semoga dengan adanya D70s nih gambar2 aku selepas ini akan lebih menarik... Esok perancangan pertama aku kena pegi cari CF card dulu sbb CF card tidak dijual sekali. Lens pun aku guna fix lens Nikkor 50mm f1.8 yang aku beli beberapa bulan lepas. Nantikan gambar2 daripada lensa kamera D70s ini...
Baru nak bermula....
From keyboard Nasrizal 11 April 2009 at 12:50 PG
Comments for this post
All comments