Fotografi di Pantai Remis

Hai kengkawan sumer... maaf kerana mengambil masa untuk melakukan update pada blog ni. Pada 18hb April yang lepas aku berpeluang ke Pantai Remis Perak untuk sesi fotografi majlis perkahwinan. Kali ini aku hanyalah sebagai seorang yang nak belajar bersama sifunya, Abg Fir... Sebetulnya sesi ini adalah tugas Abg Fir tetapi aku yang gatai2 nak ikut Abg Fir kerana untuk menimba sedikit sebanyak ilmu dalam bidang fotografi nih. Apa yang menarik untuk aku turut serta ialah majlis ini adalah meraikan 2 pengantin iaitu pasangan Hidir & Ina dan Ween & Din. Hidir dan Ween adalah pasangan adik dan kakak yang melansungkan perkahwinan dengan pasangan masing2... Aku mengikuti sesi nih selain nak dapatkan ilmu, aku juga nak kutip pengalaman bagaimana nak control 2 pasang pengantin dalam satu majlis kerana aku akan bertugas untuk mengambil gambar 2 pasang pengantin pada 2hb Mei di Batu Gajah nanti...

Image Hosted by ImageShack.us

Kedua pasang mempelai memberi kerjasama penuh apatah lagi cuaca cerah pada hari itu turut membantu utk mendapatkan gambar2 menarik. Sebetulnya aku tidaklah terlalu banyak mengambil gambar walaupun aku menggalas 2 kamera di bahu kerana tumpuan aku lebih kepada mempelajari teknik2 Abg Fir mengendalikan majlis. Terfikir aku, betapah susahnya aku nak control 2 pasang pengantin dalam satu majlis pada 2hb Mei nanti.. Sedangkan 2 photographer pun dan rasa letih apatah lg kalau sorang2... Aku tak kisah untuk mendapatkan gambar2 yang cantik cuma aku takut tak dapat kuantiti gambar yang cantik itu lebih banyak dari kuantiti gambar yang tak cantik.

Image Hosted by ImageShack.us

Pantai Remis yang pertama kali aku jejaki nih kelihatan lebih kurang macam pekan Gurun di Kedah bezanya di sini banyak lalat kerana industri pembiakan ayam daging yang diusahakan. Satu pengalaman menarik yang sempat aku kutip apabila waktu pagi sebelum ke rumah kenduri, aku dan Abg Fir sempat singgah makan roti canai di sebuah warung di pekan Pantai Remis yang mana begitu ramai makhluk lalat yang beterbangan diatas meja dan dikawasan makanan disajikan. Aku sebetulnya tak berani / tak lalu nak makan makanan yang terdedah tu, nasib baek ada roti canai, sekurangnya roti itu dibakar sebelum dihidangkan... kemungkinan kesempatan untuk lalat singgah diatas roti itu sedikit berbanding makanan yang terdedah. Nasib baek juga roti canai tu kuahnya sedap. Apa yang menariknya ialah aku melihat toke kedai tu dengan selambanya membuang lalat yang sedang mandi manda didalam gelas tea aisnya dengan menggunakan straw / penyedut minumannya dan kembali menyedut minuman itu tanpa ada sebarang perasaan... Teringat plak aku pada sahabat lama aku masa di Sekolah Menengah Vokasional Langkawi dulu... Namanya Zainuri atau kami panggil Ustaz kerana mempunyai suara merdu ketika membaca Quran dan melaungkan Azan. (sekarang bertugas sebagai Bilal di masjid Ipoh). Satu hari sewaktu didewan makan menjamah makanan rutin petang iaitu air tea 'o' dan biskut kering tiba2 seekor lalat yang tidak diketahui jantinanya telah terlanding kedalam cawan kawan aku nih... Dia pun terus pegang dan celupkan lalat tu dengan jarinya dan minum semula.. Kami yang melihat terlopong... Kata sahabat aku, Zainuri nih... Sebelah sayap lalat itu adalah racun dan sebelah lagi adalah madu, kalau lalat tu dah jatuh dalam air dan korang nak minum gak, terus celupkan lalat tu kerana kita tak tahu sebelah sayap manakah yang telah terendam dalam air minuman kita.. huh..~!! Kalau aku tak sanggup nak minum.. aku rela buangkan ja air tu dan cari air laen...

Kali nih aku dah berceloteh panjang pulak... sebetulnya tak tahu nak tulis apa tapi dah jadi melarat2 macam nih. Ok la.... berbalik pada crita di Pantai Remis.. Pada waktu petang kami adakn sesi fotografi outdoor di sebuah pantai rekreasi di Pantai Remis tu.. Apa yang menariknya dalm perjalanan tu aku ternampak papan tanda tertulis tempat penetasan penyu... Aku ingatkan kat Terengganu ja ada pusat penetasan penyu tu.. rupanya kat Pantai Remis pun ada... Apa pun kami tak sempat nak melawat tempat tu... Sesi fotografi di tepian pantai itu aku pelajari teknik2 pencahayaan dan rasanya kegedikkan aku untuk ikut Abg Fir ke Pantai Remis memang berbaloi. InsyaAllah, akan aku praktikkan apa yang aku pelajari untuk job2 fotografi aku yang akan datang...

Image Hosted by ImageShack.us
Abg Fir berbaju merah duduk disebelah kanan dihadapan aku...

Sekali lagi aku nak mengucapkan terima kasih bebanyak kat Abg Fir yang sudi mengajar aku dan nantikan gambar2 pengantin baru didalam website rasmi aku di pengantin.org.