Test D70s dengan 50mm f1.8

Bertemu lagi kita.. Maaf kerana lambat nak update.. maklumlah, dalam bidang penulisan blog yang masih baru nih aku pun terkial2 nak cari bahan untuk dimuatkan.. Nak menulis pun tak pandai tapi aku cuba juga.. Seperti yang dah dijanjikan inilah dia sebahagian gambar hasil daripada kamera D70s aku... Sebenarnya aku sendiri tak pasti aku nak test kamera atau nak test lens sbb aku rasa aku beli kamera nih bertujuan nak guna lens 50mm nih... Maka setiap masa aku gunakan lens tersebut pada body D70s nih... alhamdulillah, hasil gambar memuaskan dan aku berterima kasih sekali lagi kepada Abg Mohd Isa yang jualkan body D70s nih pada aku dengan tanpa sebarang kecacatan dan kerosakan walaupun telah digunakan 2 tahun... Abg Mohd Isa menjaga kamera ini dengan baek sekali dan melakukan rutin service mengikut masa yang telah ditetapkan.

Gambar nih aku rakamkan semasa relax2 tengok Khairi berniaga kat PC Fair di Village Mall Sungai Petani... Aku dok minum kat Nasz Donat yang kopinya itu cukup utk makan bihun sup semangkuk bersama tea 'o' ais kat Medan Selera. Sambil tu sempat gak aku mencuci mata aku nih dengan jamuan wajah2 comey bebudak Nasz Donat tu...


Nih Khairy.. kawan baek yang kadang2 sedikit jahat + nakal...

Aku tak pandai nak terangkan kecantikkan gambar sebagaimana profesional yang laen... Bg aku kalau gambar tu nampak menarik dengan keadaan art yang cantik maka cantiklah ia...