Cara membuat Mob Effect

Baru2 nih aku, Lan dan Khairi beserta Zam (abg Khairi) lepak2 kat Dataran Jam Besar Sg. Petani.. nak kata baru tu tak juga la.. kejadian ialah pada 30.03.09... Aku sempat gak tembak sana sini kat situ dan salah satunya aku tringat nak buat Mob Effect nih... dah lama aku tau buat tapi aku tak sempat nak praktikkan... maka hasilnya dengan secara cincainya jadilah gambar camnih ;

Heran kan..? Camana orang yang sama bleh ada 2, 3 orang dalam satu gambar... Beberapa hari lepas aku sembang2 ngan Najib.. sempat share gambar kat YM. Aku share gambar nih dan dia tanya camana buat.. sampai tipon aku semalam sbb nak tau camana cara buat.. aku pun cakap dalam enpon ja cara2nya... seyan plak kat mamat tu yg tengah tak kebah2 dr demam gambaq dan demam kamera... Ok la... demi utk memudahkan kawan aku tu dan juga sebagai tambahan ilmu kepada kita semua, aku cari tutorial cara nak buat Mob Effect nih.. Aku copy ja dari tempat laen.. trima kasih kepada org yang buat tutorial nih ; Mie Broz.


kita memerlukan 2 or 6 or 18 gmbr cmnie(klu korng mampu la).. Untuk kekalkan background, aku syorkan korang guna tripod sebagai sokongan dan pencahayaan pun pastikan stabil.. Aku biasanya guna timer utk mengelakkan gambar tu bergoyang.

Buka Adobe Photoshop dan susun gambar2 tu semua dalam satu layer seperti diatas....

Stiap layer turun kn OPACITY yg dibulat merah 2...turunkn shingga 30% dan tinggalkn layer terakhir tanpa mgubah opacity.. kekalkn 100%.

Mulakan langkah pertama daripada layer yg pertama.. yaitu gambar yang diatas sekali.. gunakan Lasso dan potong di sekeliling gambar kita / orang dan copy dan paste.. delete gambar pertama tu.. korang juga boleh guna Lasso atau Pemadam untuk padam background dan tinggalkan gambar kita/orang tu sahaja.

Rujuk gambar diatas, layer akan jadi seperti diatas setelah semua gambar diproses seperti yang telah aku nyatakan tadi. apa yang tinggal pada layer2 itu cuma gambar orang. Proses ini hanyalah pada gambar2 diatas kecuali gambar yg dibawah sekali kerana untuk mengekalkan background gambar.

Naikkan opacity kembali kpd asal..100%..

Inilah hasilnya setelah itu...

Tutorial asal tulisan Mie Broz terpaksa aku ubah suai skit utk lebih kefaham kepada aku dan kawan2... Kalau ada yang tak faham hubungilah aku.. Gambar2 tutorial adalah dari Mie Broz.

Nih satu lagi hasil kerja aku yg tak seberapa nih....


Selamat mencuba....