Sejenak di Gua Kerbau, Kodiang

Pada 26hb April ari tu aku, Khairi dan Mie ke Perlis kerana menghadiri kenduri kahwin seorang kawan di Utan Aji, tangkap gambar skit dan akan dipostkan kemudian. Kemudian kami terus lajak ke Kangar, menziarah adik angkat aku yang selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Noor Iryana Safieya kira2 sebulan yang lepas. Sewaktu dalam perjalan pulang, kami melintasi Kodiang,... teringat aku pada Gua Kerbau yang pernah aku pergi lebih 10 tahun lalu... disebabkan waktu tu petang lg dan keadaan pemandangan yang cantik aku pun singgah la sebentar.. Dah banyak perubahan pada gua itu kerana telah dijadikan tempat rekreasi sedangkan dahulu tempat tu jadi tempat budak2 kg isap ganja ja...

Aku pun apa lagi, keluarkan senjata dan snap apa yang patut walaupun sebenarnya tak ada apa sangat pun yang menarik. Setelah kecewa dengan keadaan yang tiada apa yang menarik untuk di snap tu, kami pun mengatur langkah untuk keluar dari kawasan gua itu tetapi terserempak dengan sekumpulan anak muda nih yang asyik mengusik kami suruh snap gambar diaorg... aku tak kisah, keadaan pemandangan dengan mentari yang makin tenggelam itu menyebabkan aku rasa perlu untuk diabdikan dengan lensa kamera ku ini. Apa lagi, Khairi dan Mie turut sama menjadi mangsa menjadi umpan untuk diaorg tu tak malu2 berdiri didepan lensa kameraku.. tapi entah kenapa rasa macam kalut2 skit sbb mentari yang makin malu menyembunyikan diri dan gelagat beberapa org budak2 kg yg nakal mengusik2 dengan siulan. Kalau budak kg tu awek, sah2 aku rela mendirikan khemah kat Gua Kerbau tu tapi ini spesis yg sama dengan aku gak...



Dari kiri : Mie, Fawwaz, Khairi, Fauzi, Wahida, Adila dan Cak Ah.

Sempat gak berkenal2 dengan diaorg nih. Mereka nih semua sepupu sepapat, adik beradik yang aku sendiri taktau yang mana adik dan yang mana beradik... Fawwaz tu tinggal di Makkah, berkerja dalam bidang import & export.. katanya kalau nak apa2 barang dari Makkah boleh la hubungi beliau. Ibu dan Ayah juga berada di Makkah, dilahirkan dan dibesarkan di sana. Patut la nada dan lenggang lenggok cakap kedah pun laen macam skit. Tapi diaorg nih baek, apatah lagi si Wahida tu, ramah dan tamah sungguh, siap cakap "bebila datang Kodiang bgtaw la" sedangkan nak bgtaw camana kalau takder number tipon ataw number kad pengenalan. Ibaratnya seperti orang yang kena batuk kering didalam bilik karaok ataw orang yang kena ketumbit kat mata akibat aktiviti skodeng didalam panggung wayang... Tapi berkat belajar sastera di tingkatan 3 dulu maka dapat juga number tipon itu. Numbernya ialah kosong satu bla bla bla... huh.~!! Jangan harap aku nak bg...

Selepas amik gambar sempat gak diaorg bg amaran agar aku tidak terbitkan gambar diaorg dalam majalah REMAJA. Walaupun aku nih masih dalam kategori REMAJA tetapi bukanlah bermaksud aku nih keje dengan majalah yg kadang2 pembacanya tidak remaja tu. Aku katakan pada mereka, aku tak masukkan dalam REMAJA tp aku nak masukkan dalam akhbar HARAKAH... Diaorg ketawa... diulangi.. diaorg KETAWA...!! Ingat aku buat lawak ke... nih ha akhbar HARAKAH yang bakal terbit pada tahun kerbau yang bakal menyusul.

Berbalik pada cerita Gua Kerbau ini. Gua kerbau berada di dalam daerah Kodiang, Kedah yang mana juga dikenali sebagai Gua Batu Putih ini pernah menjadi tempat kediaman masyarakat purba berdasarkan penemuan artifak artifak seperti alat-alat batu zaman Neolitik serta tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tengku Lembu di Perlis dan di Ban Kao di Thailand. Gua Batu putih yang terletak kira2 200 meter arah barat laut Gua Kerbau pada masa lampau ini juga terdapat lukisan-lukisan antaranya berbentuk manusia dan binatang dan dipercayai lukisan-lukisan ini dilakar oleh masyarakat orang asli yang pernah tinggal di sini.
Aku sempat juga snap beberapa keping gambar model terjun aku nih sebagai koleksi daripada lensa kameraku... Layan........