Bebaru nih aku terpanggil untuk mengenali gadis yang bernama Yuna nih apabila tetiba nampak lagunya berada di tangga teratas carta di radio HotFM... Dan sebagai seorang yang meminati muzik dan kagum dengan semangat dan cita2 gadis bertudung nih, aku pun berikan sokongan dengan mendapatkan EP Yuna nih... Kalau nak dengar lagu2 dia sebenarnya mudah bagi aku sbb banyak link utk download lagu2 tu semua tapi mungkin sbb duit yg ada tu duit aku maka aku pun tak kisah nak abihkan RM23 didalam simpanan aku tu.. Harga CD itu adalah RM18 dan ditambah kos penghantaran RM5 walaupun sebenarnya sampul surat Pos Ekspres cuma RM3. Tetapi mungkin kerana kos penghantaran itu juga merangkumi kos minyak nak ke pejabat pos maka aku halalkan saja RM2 tu...
Cara utk dapatkan EP nih ialah dengan melayari myspace Yuna di >>sini<<>
Dan Sebenarnya
Oh Bulan
Enggan melayan diriku lagi
pabila airmata membasahi pipi
dan lagu lagu di radio
seolah-olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku
Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu mula menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain
pabila kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
sepertiku bernafas dalam air
Cara utk dapatkan EP nih ialah dengan melayari myspace Yuna di >>sini<<>
Terima kasih kerana permintaan untuk autograph itu ditunaikan... Apa yang boleh aku katakan berkenaan Yuna dan lagu2nya nih, sora best.. muzik tu boleh la.. maklumlah, aku sebagai penggemar muzik rockapak lebih berminat gaya muzik yang lebih berseni dan skill berbanding muzik yang mendatar seperti lagu2 zaman skarang nih... Apa pun aku ucapkan tahniah kepada Yuna dan geng2nya yang telah bertungkus lumus utk memasarkan dan mengenalkan diri mereka dan lagu2 mereka kepada pendengar2 di Malaysia nih. Semoga ada kesinambungan dan jangan sekadar hangat2 taik ayam walaupun sebenarnya aku sendiri tak pernah merasai bagaimana hangatnya benda alah tu...
Dan Sebenarnya
Oh Bulan
Enggan melayan diriku lagi
pabila airmata membasahi pipi
dan lagu lagu di radio
seolah-olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku
Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu mula menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain
pabila kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
sepertiku bernafas dalam air