2 hari yang lepas aku berpeluang melihat senja berlabuh di hentian R&R Bagan Ajam... Hampeh sungguh kerana untuk ke sana aku perlu membayar tol sebanyak 2 kali... Nasiblah tak mahal.. Sebetulnya kedatangan aku ke situ ada agenda khas kerana untuk berjumpa dengan kawan2 daripada forum rockapak. Tetapi memandangkan pada hari itu ramai yang tak dapat join maka aku hanya bersama Farah sajalah. Sesungguhnya kehadiranku sekadar untuk menghantar t-shirt rockapak yang ditempah oleh kawan2 forum.
Tinggalkan cerita itu kerana tumpuan ku lebih kepada suasana petang di sepanjang lebuhraya Bagan Ajam itu. Mulanya aku sekadar bersantai di tepi lebuhraya memandangkan hari masih awal kerana sebagaimana yang Farah bagitau, dia akan sampai lepas maghrib walaupun sebenarnya dia sampai tepat pada waktu maghrib. Aktiviti petang di kawasan pantai di tepi lebuhraya itu adalah sesi membawa family bermain pasir dan memancing... Tetapi aktiviti memancing diatas daratan juga turut mengambil tempat.. apatah lagi pasangan2 kekasih yang mengambil peluang bercanda sambil melihat keindahan alam itu. Sempat aku curi2 rakamkan gambar pasangan ini;

Tiba2.. mata aku tertangkap kelibat 2 biji kuda putih sedang ditongkat di belakang sebuah kenderaan yang sedang berhenti di belakang kereta aku di tepi highway itu. Ini bermakna aku pun kena cepat2 cabut dari situ sebelum aku diutuskan surat cinta yang perlu ditandatangani dan dibayar itu. Maka tanpa berlengah aku blah dari situ menuju ke R&R yang disediakan.. Dah ada tempat utk berhenti tapi masih nak berhenti kat tepi jalan, alamatnya bersedialah untuk disaman. Nasib aku baek, dapat blah dari situ dengan jayanya tanpa dikejar atau ditahan oleh penunggang2 kuda putih tadi...
Di R&R aku sempat menyaksikan keindahan alam yang berubah sedikit demi sedikit lantaran mentari mula menyembunyikan cahayanya. Sempat juga aku abdikan melalui lensa D70s aku nih..
Bagi seorang photografer.. ini hanyalah sekadar gambar pemandangan.. tiada apa2 yang istimewa kerana tiada cerita didalamnya.. sekadar pemandangan yang cantik... Sesungguhnya alam ini sangat indah andai kita menghayatinya.. Maha suci Engkau yang menciptakan langit dan bumi.