Biodata Nabi Muhammad SAW

Sempena kedatangan Ramadhan ini aku nak kongsi berkenaan Biodata Nabi Muhammad SAW untuk kita lebih mengenali baginda. Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN


· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN


· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN


· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN


· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN


· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN


· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN


· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN


· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN


· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)..

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. - Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. - Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

 Pakej Fotografi Perkahwinan

Kepada semua bakal2 pengantin yang akan mengadakan majlis resepsi tidak lama lagi bolehlah membuat tempahan pakej gambar perkahwinan skrg... lgpun aku sendiri dah jd kalut sbb hampit tiap2 hari org kol tanya pasal pakej nih... tarikh2 yang ditempah dah makin diisi... jd kepada bakal pengantin yg taknak kalut2 cari photographer saat2 akhir, silalah buat tempahan sesiap...

 Durian Merah - "Durio Graveolens Becc"

Sekarang tiba lagi musim buah durian yang menjadi kegemaran ramai walaupun sebenarnya ada ramai gak kawan2 aku yang tidak menggemari durian baik sebagai makanan ataupun kerana baunya. Salah seorang kawan aku si Khairi tu... (rasa macam blog nih byk crita pasal kawan aku nih pulak).

Bagi aku, aku bukanlah sebenarnya peminat durian tetapi bila sesekali dalam jangkamasa lama tak merasa buah nih, keinginan tu datang la... Ibarat macam duda yang idup sorang 10 tahun tiba2 ada gadis datang merisik... begitulah terujanya perut dan lidah nak merasa raja buah nih. Sepertimana yg terjadi masa aku di rumah Najib kat Putarajaya ari tu yg aku tak ingat tarikhnya. Waktu tu bukan musim durian dan bila terpandang ja org jual pulut durian kat Pasar Malam Putrajaya pada malam yg bersejarah tu, aku terus rasa macam air liur nak berebut keluar. Walaupun harganya mahal tapi aku dan Najib beli juga dan menjamu selera kat dataran berhampiran Masjid Putrajaya. Fuh.. sodap woo...

Tahun nih kedatangan musim buah terasa kemeriahannya walaupun sebenarnya aku rasa buah2 yang ada tahun nih kurang kualiti disebabkan cuaca yang panas sejak akhir2 nih. Buah rambutan kat kg aku pun isinya tidak sesedap seperti tahun2 yang lepas. Tapi, daripada membeli yg menghabiskan wang aku yg tak seberapa baek jugalah memanjat pokok buah2an kat kg aku tu... tapi pokok durian tidaklah menjadi mangsa ke'rabat'an aku sbb buah tu kena tunggu dia luruh sendiri.

Tahun nih kelambakkan buah itu telah menyebabkan harganya menjadi begitu murah sehinggakan ada terjual RM1 sejibik ja. Maknanya semua org dah berkemampuan membeli buah tersebut. Durian nih memang sedap tambahan lagi kalau dimakan dengan pulut dan santan. Dulu2 masa arwah tokwan aku ada, kadang2 kami makan durian tu dengan nasi yg dicampur air garam. Walau apa pun cara menjamah buah tu yg pastinya lepas makan pasti kenyang... hahaha... tapi awas..~!!! Makan buah durian nih ada bahayanya... jadi aku nak pesan..;

  1. Jangan menyambut buah durian sewaktu ia luruh atau menunggu dan tidur dibawah pokok durian yang sedang masak buahnya.
  2. Sebelum makan pastikan anda mengupas kulitnya dahulu kerana duri durian boleh menyebabkan luka2 pada bibir dan lidah anda.
  3. Jangan basuh durian seperti anda membasuh buah epal kerana duri durian akan menyebabkan lubang2 pada tangan serta isinya akan hancur bila terkena air.
  4. Dinasihatkan kepada orang yang mengidap darah tinggi untuk menjauhi buah ini.
  5. Jangan memakan sebarang ubat selepas menjamah durian kerana dikhuatiri berlaku tindakbalas yg mengancam tubuh.
  6. Pastikan anda mempunyai aircond dan kipas angin yang berfungsi dengan baek.

Korang pernah tengok Durian Merah atau nama saintifiknya Durio Graveolens Becc...? Durian ini dikatakan berasal dari Kabupaten Kutai di Indonesia dan hidup di hutang dan tepian sungai. Bagi Masyarakat Dayak Kenyah durian ini disebut Durian Daun, mungkin kerana lebar daunya hampir selebar tapak tangan orang dewasa. Mungkin korang pernah tengok durian nih waktu menonton filem Upin & Ipin, pengembaraan bermula. Durian ini juga terdapat di kepulauan Borneo dan dikatakan isinya lebih lemak dan manis tetapi nipis. Apa yang baek pada durian ini ialah kandungan alkoholnya rendah dan tidak memabukkan seperti durian biasa yang berisi kuning.

 Termalas di dunia...

Hai kengkawan sumer.. harap semuanya sihat seperti aku... semalam waktu borak2 ngan kawan... ada yg bgtaw ada kawan2 yg slalu masuk blog aku nih... kesian plak bila dikatakan tiap kali masuk aku tak update. Nak kata aku banyak keja... aku tak keja pun... nak kata aku malas... mungkin la kan... tp oleh sbb nak control macho aku taknak cakap aku malas tp aku nak cakap aku takder idea nak tulis. Lagi satu kalau aku dah start tulis nanti berderet2 plak aku tulis...

Ok la... berkenaan kemalasan yg sengaja aku tak ngaku tu.. nih aku ada satu crita... bacalah dengan muka yang serius... kalau lepas baca korang masih serius maknanya korang memang malas macam aku gak... hahahhaa....


Pada masa dahulu (ayat biasa yg org slalu guna utk permulaan crita klasik), ada sebuah negeri yang diberi nama Negeri Pasir Tersusun dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka, hinggakan mereka sanggup menyusun pasir-pasir hingga mengelilingi negeri mereka. Dalam negeri itu terlalu sukar untuk mencari orang yang malas.

Oleh sebab Raja yang memerintah pun sangat rajin maka pada satu hari oleh kerana kerajinannya, Raja telah terfikir untuk mencari seorang rakyatnya yang malas. Sesiapa yang malas itu akan raja kurniakan sebuah PSP warna pink utk mengisi kekosongan idup orang yang malas itu.

Maka pengumumuan pun dibuat pada satu perhimpunan bersama rakyat jelata. Dalam ramai2 tu pun adalah seorang yang telah tampil ke hadapan dan mengaku dirinya sangat malas.

Katanya : "saya adalah yang paling malas tuanku"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

Maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam..... semua orang pun terdiam...

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"Saya adalah yang paling malas tuanku...!!".

Raja pun bertanya: "oh.. awak lebih malas dari mereka berdua...? bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab :









"Nak cite pun malas"

hahahha....!!! Begitulah ceritanya betapa kemalasan aku nih sampai tahap nak crita pun malas. Jadi aku memang layak menerima sebuah PSP warna pink kalau ada sesapa yg nk bg... Tapi... insyaAllah, lepas nih aku cuba utk tidak malas2 lagi... sebetulnya nak tulis dan edit gambar tu yang malas tapi kalau aku letak crita2 biasa yg dicilok dari web laen rasanya baek korang search kat tempat laen. Tul tak....?

Bg aku.. bila dah buat blog nih aku suka untuk guna identity sendiri tanpa meniru orang laen walaupun kadang2 blog laen tu yang jadi inspirasi.

Sehingga bertemu lg... malas2kanlah diri anda sebelum anda dimalaskan oleh waktu dan keadaan... (sendiri fikir la beb...) :)

 Kem Fotografi Di Wetland Putrajaya

Assalamualaikum.... Seperti biasa aku terus melambat2kan proses update blog nih... betapa rasa malas nak menulis menguasai diri... aku gagahi juga dinihari nih demi untuk tidak membiarkan blog nih bersawang... Erkk.. bila bercakap pasal sawang nih aku nak khabarkan bahawa aku adalah peminat serangga labah2... cuma aku ja tak berkesempatan mengenali dengan lebih baek lg akan binatang tu... Tapi kenyataanya tiap kali ada aku jumpa labah2 aku akan sapa dengan tanganku dan membiarkan ia merayap2... Biarkanlah kisah labah2 nih... bukan itu sebenarnya yg nak diceritakan kali nih tetapi tentang kejadian yang berlaku pada 23 & 24hb Mei tempoh hari apabila aku berkesempatan utk mengikuti Kem Fotografi yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya yang bertempat di Wetland Putrajaya. Syarikat yang diberikan mandat utk menjadi guru pada kem nih ialah daripada AppleMint Studio.

Kem fotografi yang julung2 aku ikuti nih sebenarnya terbuka kepada peserta yang berumur 13tahun keatas dan kerana kesedaran aku sebagai seorang insan yang dah lebih dari umur budak sekolah tingkatan satu tu maka demi menambahkan ilmu didada aku ikuti juga. Apatah lagi dengan kehadiran rakan2 seperti Khairi dan Najib yang acapkali menjadikan suasana seperti seorang yang siuman diatara org2 yg tak siuman didalam hospital mental.. asyik ketawa dengan lawak jenaka yg kalau aku ceritakan semuanya akan menyebabkan blog nih rasa seperti tak jumpa noktah akhir.

23hb, 8pg.. aku, Khairi dan Najib melangkah ke meja pendaftaran yang dihiasi kakak comey yg aku tak sempat nak bertanya nama, number surat beranak atau statusnya... selesai pendaftaran yg disulami dengan penerimaan fail kuning yang diisi dengan helaian peta dan aturcara sepanjang kem yg menyebabkan RM40 bertukar tangan, kami bertiga terus dijemput utk menjamah sarapan pg berupa nasi lemak dan tea 'o'. Sambil duduk2 menjamu selera mata asyik menjeling kepada peserta2 laen yg kian membanjiri tapak pendaftaran tu. Aku sebenarnya tercari2 kalau2 hanya kami bertiga ja yg umur2 melebihi tahap budak sekolah tetapi sukacitanya ropa2nya ramai lg yg senasib dgn kami kerana telah berinjak usia.. Barulah lega hati.. bimbang juga takut semua pesertanya berumur 13 tahun sampai 14 @ 15 tahun... tak pasal2 aku yg sepatutnya dipanggil 'abg' nih dipanggil 'pakcik' pulak.

Selesai makan2 kami diminta utk berkumpul utk mendengar perasmian majlis... Orang pertama yg memperkenalkan diri pada hari itu ialah saudara Komeng daripada Wetland Putrajaya iaitu insan yg mewakili pihak penganjur. Selepas beratus2 patah dan beberapa kerat lawak jenaka maka giliran org yg akan mengajar kami sepanjang Kem iaitu saudara Nik daripada AppleMint Studio. Dengan lawak jenaka yg diselit2 dengan kerakusan seorang peserta yg asyik bersedia tampil ke hadapan utk menjawab soxlan dan menjadi model maka aku meramalkan aktiviti ini akan pasti menarik.

Ilmu pertama yg aku dapat selain daripada jangan memakai stokin berlubang sewaktu mengikuti kem kerana disuruh buka kasut dan bersila ialah lens boleh dicuci dengan minyak yg terhasil dimuka akibat panas atau berkuap.. caranya ialah dengan mencalitkan hujung jari pada muka kita yang berminyak dan gosokkan minyak itu pada lens, tutup seketika dengan cap dan sinarkannya dengan kaen pengelap cermin / kanta... Aku tak sangka plak yg minyak kat muka tu bleh menjadikan cermin lens bersih, maka jgn hairan kalau sedikit hari lg pencuci muka utk menyingkirkan minyak pada muka tidak laku kepada photographer. Biarlah muka dan lens sama2 bersinar.. sekurangnya dapat gak membantu speedlight yg dah low battery atau reflector yg dah terkoyak... hahahha...!!

Aku tertarik dengan sesuatu yg disajikan oleh pihak penganjur sepanjang Kem iaitu disediakan tempat yg dinamakan ZON BUNUH DIRI yg mana kawasannya ialah ditengah2 padang yg strategik dan teduh dan tersedia meja makan beserta kerusi dan diletakkan buku menu. Menunya ialah risalah tentang akibat merokok dan kesan2nya... Rupanya Zon Bunuh Diri yang dimaksudkan itu ialah kawasan merokok kerana ditempat laen di kawasan Wetland tidak dibenarkan merokok.

Cuba tuan2 dan puan bayangkan... Seorang lelaki yang sebentar tadi berkata malas hendak menulis dan sekarang sedang berada didepan komputer memikirkan tentang ayat2 yang hendak ditulis lg walaupun sebenarnya dah tulis begitu banyak hingga menyebabkan orang2 yang melawat blognya berasa curiga dengan kemalasnnya. Tidakkah tuan2 dan puan2 rasa hendak memaki hamun atau mengatakan "Podahh...~!! Tadi kata malas nak tulis.. skarang dah tulis panjang berjela, hampeh, busuk punya orang...!!". Tuan2 dan Puan2 marahlah dia... aku juga nak marahkan dia tetapi disebabkan lelaki itu ialah aku maka aku tidak marah lelaki itu... aku kenal dia.. aku tahu situasinya...

dan.. lelaki itu bersedia utk menamatkan penulisannya kali ini walaupun banyak lagi yg boleh diceritakan. Mungkin gambar2 berikutnya ini sudah cukup utk menceritakan suasana yang berlaku sepanjang Kem tersebut dan skali lg izinkan lelaki itu sekali lg memalaskan dirinya utk menyambung penulisannya pada masa akn datang.. adios..~!!























 Kahwin Lagi... Yob & Iena..

Hai kengkawan.. maaf, skali lagi aku mengambil masa utk update blog nih... ntah nape skarang nih mood untuk menulis terasa kurang sangat.. leceh tul nak susun ayat2 nih.. tapi kalau tak tulis nanti bersawang plak blog nih...
Seperti yg dinyatakan sebelum nih.. tempoh hari pada 1hb Mei (dekat sebulan dah) aku gerak ke Ipoh untuk tugasan fotografi pasangan pengantin Yob dan Iena serta adik Yob iaitu Nizah dan Khai...
Aku dan Khairi sampai di rumah pengantin di Batu Gajah perak pada malam majlis dan diberikan tempat untuk beradu di sebuah rumah berhampiran dengan rumah kenduri... Alhamdulillah, sib baek tak kena tido dalam keta.. Ok la.. nak crita panjang2 pun akhirnya aku kena up gambar gak... aku up skit dah la kat sini sbb kebanyakkan gambar utk majlis perkahwinan aku lebihkan pada website rasmi www.pengantin.org...





dan penyeri majlis pada hari itu ialah kegilaan bergambar pada budak2 UiTM Sri Iskandar yang hadir selaku kawan2 kepada adinda pengantin... Tak sempat nak berkenalan kerana keadaan cuaca yg suam2 sejuk dan hujan yg tiba2 mencurah...



Terima kasih kepada mempelai serta ahli keluarga serta tetamu2 yang hadir dan memberi laluan kepada aku untuk mengabdikan detik2 bersejarah yang telah disejarahkan... ntah apa aku merepek nih.. dan kenangan serta pengalaman yang ditimba telah mendewasakan..

Selepas ini aku akan bz kembali sbb cuti sekolah telahpun bermula... adehh... letihnya nak ngadap photoshop dan gambar2 yg bakal aku kerjakan nanti... apa pun disebabkan itulah rezeki pemberian Tuhan maka seikhlasnya akan aku usahakan...

 Jumpa Eini kat Ipoh...

Tempoh hari aku berkesempatan ke Batu Gajah kerana ada job amik gambo kawen kat sana... Pegi dgn Khairi dan sampai lebih kurang jam 4.30 petang. Memandangkan hari masih awal (sengaja pegi awal) maka aku ngan Khairi hubungi Eini untuk berdating secara berduet lebih dari 2 orang... Eini nih belajor kat sana dan kebetulan dia pun asyik dok tanya bila akan ada gambar dia kat blog nih maka aku pun tak teragak2 utk snap gambo dia..
Tapi.. aku skrg bz skit dan malas nak tulis blog sebenarnya... Nih pun terpaksa ja sbb rasa mcm blog nih dah lama sangat tak update... aku ingat nak letak banyak gambar tapi tak sempat la.. tengok 2 gambar nih dah la... yg laen2 nanti aku ceritakan kemudian...



 Majlis perkahwinan Linda & Mel

Majlis perkahwinan kawan aku nih berlansung meriah dengan kehadiran kawan2 sekerja. Linda ialah kawan masa sama2 kerja dalam bidang telekomunikasi kat Central Square Sungai Petani dolu2... Mel yang pertama kali aku jumpa kat umah kenduri nih memang sporting dan ramah tamah seperti kebanyakkan orang yg aku kerap jumpa.. ntah kenapa skarang nih ramai plak yang ramah tamah dengan aku... hehehe... Mel nih keje combat dan berasal dari Sarawak... Aku hadir sebagai kawan rakan dan bukanlah sebagai jurugambar majlisnya. Kemeriahan makin ketara dengan rasa lapar yg mengasak2 perut aku dari pagi itu... maka aku memuji tukang masak yg ditugaskan untuk majlis tu kerana memang lauknya sedap2. Apatah lg lauk2 tu bercirikan traditional, lglah menjadi kegemaran aku.


Linda dan Mel diapit oleh kedua orang adiknya... yang kiri tu Ina... yang kanan tu plak adalah scandal sementara aku pada hari tersebut, Dikwa... tapi.. itu bukan aku yg kata... kamera nih yg snap gambo menyebabkan aku discandalkan...

Dan.. dikala Mel sedang tak perasan.. sempat lg aku bergambar dengan Linda... sib baek Mel tak perasan... Risau gak aku tengok keris yang terselit kat pinggang dia tu... bukan bleh buat maen... walaupun aku nih tak takut mati tapi aku masih takut tak kawen sebelum mati... tapi takut lg mati sebelum cukup amalan dan bekalan akhirat...

Linda nih nama yang betulnya ialah Izni Iroslinda... aku tak tahulah masa akad nikah tu Mel (Ismail) tu tergeliat lidah ke tak... tapi yg pastinya nama tu unik...
Ok la... disebabkan aku dah taktau nak berceloteh apa kali nih maka aku tamatkan dengan sajian gambar2 berikut yg sempat aku tembak kat majlis tu... Terima kasih kepada Linda, Mel, Ina, Dikwa dan semua yg turut terbabit melayani kerenah aku kat majlis tu... semoga jodoh kalian berpanjangan dan diberikan keberkatan dalam menjalani kehidupan berumahtangga...






 Nama budak-budak zaman sekarang

Bebaru nih aku berkesempatan melawat adik angkat aku masa zaman sekolah dulu yang telah selamat melahirkan anak dia yang ke-3. Aku nih yang lebih tua dari dia pun tak dapat anak lagi. Nak kawen pun tak ada calon lagi. Camanalah nak ada anak. Nama anak adik angkat aku nih diberi nama Noor Iryana Safieya. Aku nak menyebut dan nak mengingat pun susah.. tapi memanglah budak2 zaman sekarang nih mempunyai nama2 yang panjang2 dan boleh menyebabkan lidah tergeliat. Kalau lidah tergeliat nih susah la nak pegi mengurut maka kesannya kebiasaanya turut menyebabkan otak pun susah nak ingat.

Image Hosted by ImageShack.us
Nih plak anak sepupu aku.. kiranya anak menakan aku gak la kan...

Image Hosted by ImageShack.us
Namanya seperti yang dicatatkan... Aku panggil Hakim jelah..


Image Hosted by ImageShack.us
Nih anak kepada adik ipar sepupu aku.. dengan aku nak kira camana pun aku taktau... hehehe.. kebetulan gi umah dia ari tu aku snap gambar nih... Semoga mereka2 ini terus membesar menjadi orang yang berguna... Harap2 korang bleh baca blog nih walaupun aku dah tak ada... dan harap2 aku dapat uploadkan gambar anak aku plak kat blog nih pada satu hari nanti... Pesanan aku, nak taruh nama anak tu janganlah sehingga maknanya mempunyai maksud yang tak baek... bagi aku sendiri, aku suka nak taruh nama2 yang macam klasik tu seperti Iskandar, Adika atau Zulkarnain... Tapi.. semuanya akan terlaksana kalau aku dah ada awek, pastu buat bini, pastu buat anak... hehehee... :))

 Sejenak di Gua Kerbau, Kodiang

Pada 26hb April ari tu aku, Khairi dan Mie ke Perlis kerana menghadiri kenduri kahwin seorang kawan di Utan Aji, tangkap gambar skit dan akan dipostkan kemudian. Kemudian kami terus lajak ke Kangar, menziarah adik angkat aku yang selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Noor Iryana Safieya kira2 sebulan yang lepas. Sewaktu dalam perjalan pulang, kami melintasi Kodiang,... teringat aku pada Gua Kerbau yang pernah aku pergi lebih 10 tahun lalu... disebabkan waktu tu petang lg dan keadaan pemandangan yang cantik aku pun singgah la sebentar.. Dah banyak perubahan pada gua itu kerana telah dijadikan tempat rekreasi sedangkan dahulu tempat tu jadi tempat budak2 kg isap ganja ja...

Aku pun apa lagi, keluarkan senjata dan snap apa yang patut walaupun sebenarnya tak ada apa sangat pun yang menarik. Setelah kecewa dengan keadaan yang tiada apa yang menarik untuk di snap tu, kami pun mengatur langkah untuk keluar dari kawasan gua itu tetapi terserempak dengan sekumpulan anak muda nih yang asyik mengusik kami suruh snap gambar diaorg... aku tak kisah, keadaan pemandangan dengan mentari yang makin tenggelam itu menyebabkan aku rasa perlu untuk diabdikan dengan lensa kamera ku ini. Apa lagi, Khairi dan Mie turut sama menjadi mangsa menjadi umpan untuk diaorg tu tak malu2 berdiri didepan lensa kameraku.. tapi entah kenapa rasa macam kalut2 skit sbb mentari yang makin malu menyembunyikan diri dan gelagat beberapa org budak2 kg yg nakal mengusik2 dengan siulan. Kalau budak kg tu awek, sah2 aku rela mendirikan khemah kat Gua Kerbau tu tapi ini spesis yg sama dengan aku gak...



Dari kiri : Mie, Fawwaz, Khairi, Fauzi, Wahida, Adila dan Cak Ah.

Sempat gak berkenal2 dengan diaorg nih. Mereka nih semua sepupu sepapat, adik beradik yang aku sendiri taktau yang mana adik dan yang mana beradik... Fawwaz tu tinggal di Makkah, berkerja dalam bidang import & export.. katanya kalau nak apa2 barang dari Makkah boleh la hubungi beliau. Ibu dan Ayah juga berada di Makkah, dilahirkan dan dibesarkan di sana. Patut la nada dan lenggang lenggok cakap kedah pun laen macam skit. Tapi diaorg nih baek, apatah lagi si Wahida tu, ramah dan tamah sungguh, siap cakap "bebila datang Kodiang bgtaw la" sedangkan nak bgtaw camana kalau takder number tipon ataw number kad pengenalan. Ibaratnya seperti orang yang kena batuk kering didalam bilik karaok ataw orang yang kena ketumbit kat mata akibat aktiviti skodeng didalam panggung wayang... Tapi berkat belajar sastera di tingkatan 3 dulu maka dapat juga number tipon itu. Numbernya ialah kosong satu bla bla bla... huh.~!! Jangan harap aku nak bg...

Selepas amik gambar sempat gak diaorg bg amaran agar aku tidak terbitkan gambar diaorg dalam majalah REMAJA. Walaupun aku nih masih dalam kategori REMAJA tetapi bukanlah bermaksud aku nih keje dengan majalah yg kadang2 pembacanya tidak remaja tu. Aku katakan pada mereka, aku tak masukkan dalam REMAJA tp aku nak masukkan dalam akhbar HARAKAH... Diaorg ketawa... diulangi.. diaorg KETAWA...!! Ingat aku buat lawak ke... nih ha akhbar HARAKAH yang bakal terbit pada tahun kerbau yang bakal menyusul.

Berbalik pada cerita Gua Kerbau ini. Gua kerbau berada di dalam daerah Kodiang, Kedah yang mana juga dikenali sebagai Gua Batu Putih ini pernah menjadi tempat kediaman masyarakat purba berdasarkan penemuan artifak artifak seperti alat-alat batu zaman Neolitik serta tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tengku Lembu di Perlis dan di Ban Kao di Thailand. Gua Batu putih yang terletak kira2 200 meter arah barat laut Gua Kerbau pada masa lampau ini juga terdapat lukisan-lukisan antaranya berbentuk manusia dan binatang dan dipercayai lukisan-lukisan ini dilakar oleh masyarakat orang asli yang pernah tinggal di sini.
Aku sempat juga snap beberapa keping gambar model terjun aku nih sebagai koleksi daripada lensa kameraku... Layan........



 EP Yuna - Dan Sebenarnya

Bebaru nih aku terpanggil untuk mengenali gadis yang bernama Yuna nih apabila tetiba nampak lagunya berada di tangga teratas carta di radio HotFM... Dan sebagai seorang yang meminati muzik dan kagum dengan semangat dan cita2 gadis bertudung nih, aku pun berikan sokongan dengan mendapatkan EP Yuna nih... Kalau nak dengar lagu2 dia sebenarnya mudah bagi aku sbb banyak link utk download lagu2 tu semua tapi mungkin sbb duit yg ada tu duit aku maka aku pun tak kisah nak abihkan RM23 didalam simpanan aku tu.. Harga CD itu adalah RM18 dan ditambah kos penghantaran RM5 walaupun sebenarnya sampul surat Pos Ekspres cuma RM3. Tetapi mungkin kerana kos penghantaran itu juga merangkumi kos minyak nak ke pejabat pos maka aku halalkan saja RM2 tu...
Cara utk dapatkan EP nih ialah dengan melayari myspace Yuna di >>sini<<>
Terima kasih kerana permintaan untuk autograph itu ditunaikan... Apa yang boleh aku katakan berkenaan Yuna dan lagu2nya nih, sora best.. muzik tu boleh la.. maklumlah, aku sebagai penggemar muzik rockapak lebih berminat gaya muzik yang lebih berseni dan skill berbanding muzik yang mendatar seperti lagu2 zaman skarang nih... Apa pun aku ucapkan tahniah kepada Yuna dan geng2nya yang telah bertungkus lumus utk memasarkan dan mengenalkan diri mereka dan lagu2 mereka kepada pendengar2 di Malaysia nih. Semoga ada kesinambungan dan jangan sekadar hangat2 taik ayam walaupun sebenarnya aku sendiri tak pernah merasai bagaimana hangatnya benda alah tu...

Dan Sebenarnya

Oh Bulan
Enggan melayan diriku lagi
pabila airmata membasahi pipi
dan lagu lagu di radio
seolah-olah memerli aku
pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyumanmu itu
kau juga merindui aku

Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu mula menular dalam diri
pabila kau bersama yang lain

pabila kau merenung matanya
ku rebah jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
sepertiku bernafas dalam air

 Cara membuat Mob Effect

Baru2 nih aku, Lan dan Khairi beserta Zam (abg Khairi) lepak2 kat Dataran Jam Besar Sg. Petani.. nak kata baru tu tak juga la.. kejadian ialah pada 30.03.09... Aku sempat gak tembak sana sini kat situ dan salah satunya aku tringat nak buat Mob Effect nih... dah lama aku tau buat tapi aku tak sempat nak praktikkan... maka hasilnya dengan secara cincainya jadilah gambar camnih ;

Heran kan..? Camana orang yang sama bleh ada 2, 3 orang dalam satu gambar... Beberapa hari lepas aku sembang2 ngan Najib.. sempat share gambar kat YM. Aku share gambar nih dan dia tanya camana buat.. sampai tipon aku semalam sbb nak tau camana cara buat.. aku pun cakap dalam enpon ja cara2nya... seyan plak kat mamat tu yg tengah tak kebah2 dr demam gambaq dan demam kamera... Ok la... demi utk memudahkan kawan aku tu dan juga sebagai tambahan ilmu kepada kita semua, aku cari tutorial cara nak buat Mob Effect nih.. Aku copy ja dari tempat laen.. trima kasih kepada org yang buat tutorial nih ; Mie Broz.


kita memerlukan 2 or 6 or 18 gmbr cmnie(klu korng mampu la).. Untuk kekalkan background, aku syorkan korang guna tripod sebagai sokongan dan pencahayaan pun pastikan stabil.. Aku biasanya guna timer utk mengelakkan gambar tu bergoyang.

Buka Adobe Photoshop dan susun gambar2 tu semua dalam satu layer seperti diatas....

Stiap layer turun kn OPACITY yg dibulat merah 2...turunkn shingga 30% dan tinggalkn layer terakhir tanpa mgubah opacity.. kekalkn 100%.

Mulakan langkah pertama daripada layer yg pertama.. yaitu gambar yang diatas sekali.. gunakan Lasso dan potong di sekeliling gambar kita / orang dan copy dan paste.. delete gambar pertama tu.. korang juga boleh guna Lasso atau Pemadam untuk padam background dan tinggalkan gambar kita/orang tu sahaja.

Rujuk gambar diatas, layer akan jadi seperti diatas setelah semua gambar diproses seperti yang telah aku nyatakan tadi. apa yang tinggal pada layer2 itu cuma gambar orang. Proses ini hanyalah pada gambar2 diatas kecuali gambar yg dibawah sekali kerana untuk mengekalkan background gambar.

Naikkan opacity kembali kpd asal..100%..

Inilah hasilnya setelah itu...

Tutorial asal tulisan Mie Broz terpaksa aku ubah suai skit utk lebih kefaham kepada aku dan kawan2... Kalau ada yang tak faham hubungilah aku.. Gambar2 tutorial adalah dari Mie Broz.

Nih satu lagi hasil kerja aku yg tak seberapa nih....


Selamat mencuba....

 Fotografi di Pantai Remis

Hai kengkawan sumer... maaf kerana mengambil masa untuk melakukan update pada blog ni. Pada 18hb April yang lepas aku berpeluang ke Pantai Remis Perak untuk sesi fotografi majlis perkahwinan. Kali ini aku hanyalah sebagai seorang yang nak belajar bersama sifunya, Abg Fir... Sebetulnya sesi ini adalah tugas Abg Fir tetapi aku yang gatai2 nak ikut Abg Fir kerana untuk menimba sedikit sebanyak ilmu dalam bidang fotografi nih. Apa yang menarik untuk aku turut serta ialah majlis ini adalah meraikan 2 pengantin iaitu pasangan Hidir & Ina dan Ween & Din. Hidir dan Ween adalah pasangan adik dan kakak yang melansungkan perkahwinan dengan pasangan masing2... Aku mengikuti sesi nih selain nak dapatkan ilmu, aku juga nak kutip pengalaman bagaimana nak control 2 pasang pengantin dalam satu majlis kerana aku akan bertugas untuk mengambil gambar 2 pasang pengantin pada 2hb Mei di Batu Gajah nanti...

Image Hosted by ImageShack.us

Kedua pasang mempelai memberi kerjasama penuh apatah lagi cuaca cerah pada hari itu turut membantu utk mendapatkan gambar2 menarik. Sebetulnya aku tidaklah terlalu banyak mengambil gambar walaupun aku menggalas 2 kamera di bahu kerana tumpuan aku lebih kepada mempelajari teknik2 Abg Fir mengendalikan majlis. Terfikir aku, betapah susahnya aku nak control 2 pasang pengantin dalam satu majlis pada 2hb Mei nanti.. Sedangkan 2 photographer pun dan rasa letih apatah lg kalau sorang2... Aku tak kisah untuk mendapatkan gambar2 yang cantik cuma aku takut tak dapat kuantiti gambar yang cantik itu lebih banyak dari kuantiti gambar yang tak cantik.

Image Hosted by ImageShack.us

Pantai Remis yang pertama kali aku jejaki nih kelihatan lebih kurang macam pekan Gurun di Kedah bezanya di sini banyak lalat kerana industri pembiakan ayam daging yang diusahakan. Satu pengalaman menarik yang sempat aku kutip apabila waktu pagi sebelum ke rumah kenduri, aku dan Abg Fir sempat singgah makan roti canai di sebuah warung di pekan Pantai Remis yang mana begitu ramai makhluk lalat yang beterbangan diatas meja dan dikawasan makanan disajikan. Aku sebetulnya tak berani / tak lalu nak makan makanan yang terdedah tu, nasib baek ada roti canai, sekurangnya roti itu dibakar sebelum dihidangkan... kemungkinan kesempatan untuk lalat singgah diatas roti itu sedikit berbanding makanan yang terdedah. Nasib baek juga roti canai tu kuahnya sedap. Apa yang menariknya ialah aku melihat toke kedai tu dengan selambanya membuang lalat yang sedang mandi manda didalam gelas tea aisnya dengan menggunakan straw / penyedut minumannya dan kembali menyedut minuman itu tanpa ada sebarang perasaan... Teringat plak aku pada sahabat lama aku masa di Sekolah Menengah Vokasional Langkawi dulu... Namanya Zainuri atau kami panggil Ustaz kerana mempunyai suara merdu ketika membaca Quran dan melaungkan Azan. (sekarang bertugas sebagai Bilal di masjid Ipoh). Satu hari sewaktu didewan makan menjamah makanan rutin petang iaitu air tea 'o' dan biskut kering tiba2 seekor lalat yang tidak diketahui jantinanya telah terlanding kedalam cawan kawan aku nih... Dia pun terus pegang dan celupkan lalat tu dengan jarinya dan minum semula.. Kami yang melihat terlopong... Kata sahabat aku, Zainuri nih... Sebelah sayap lalat itu adalah racun dan sebelah lagi adalah madu, kalau lalat tu dah jatuh dalam air dan korang nak minum gak, terus celupkan lalat tu kerana kita tak tahu sebelah sayap manakah yang telah terendam dalam air minuman kita.. huh..~!! Kalau aku tak sanggup nak minum.. aku rela buangkan ja air tu dan cari air laen...

Kali nih aku dah berceloteh panjang pulak... sebetulnya tak tahu nak tulis apa tapi dah jadi melarat2 macam nih. Ok la.... berbalik pada crita di Pantai Remis.. Pada waktu petang kami adakn sesi fotografi outdoor di sebuah pantai rekreasi di Pantai Remis tu.. Apa yang menariknya dalm perjalanan tu aku ternampak papan tanda tertulis tempat penetasan penyu... Aku ingatkan kat Terengganu ja ada pusat penetasan penyu tu.. rupanya kat Pantai Remis pun ada... Apa pun kami tak sempat nak melawat tempat tu... Sesi fotografi di tepian pantai itu aku pelajari teknik2 pencahayaan dan rasanya kegedikkan aku untuk ikut Abg Fir ke Pantai Remis memang berbaloi. InsyaAllah, akan aku praktikkan apa yang aku pelajari untuk job2 fotografi aku yang akan datang...

Image Hosted by ImageShack.us
Abg Fir berbaju merah duduk disebelah kanan dihadapan aku...

Sekali lagi aku nak mengucapkan terima kasih bebanyak kat Abg Fir yang sudi mengajar aku dan nantikan gambar2 pengantin baru didalam website rasmi aku di pengantin.org.

 Senja di Bagan Ajam

2 hari yang lepas aku berpeluang melihat senja berlabuh di hentian R&R Bagan Ajam... Hampeh sungguh kerana untuk ke sana aku perlu membayar tol sebanyak 2 kali... Nasiblah tak mahal.. Sebetulnya kedatangan aku ke situ ada agenda khas kerana untuk berjumpa dengan kawan2 daripada forum rockapak. Tetapi memandangkan pada hari itu ramai yang tak dapat join maka aku hanya bersama Farah sajalah. Sesungguhnya kehadiranku sekadar untuk menghantar t-shirt rockapak yang ditempah oleh kawan2 forum.

Tinggalkan cerita itu kerana tumpuan ku lebih kepada suasana petang di sepanjang lebuhraya Bagan Ajam itu. Mulanya aku sekadar bersantai di tepi lebuhraya memandangkan hari masih awal kerana sebagaimana yang Farah bagitau, dia akan sampai lepas maghrib walaupun sebenarnya dia sampai tepat pada waktu maghrib. Aktiviti petang di kawasan pantai di tepi lebuhraya itu adalah sesi membawa family bermain pasir dan memancing... Tetapi aktiviti memancing diatas daratan juga turut mengambil tempat.. apatah lagi pasangan2 kekasih yang mengambil peluang bercanda sambil melihat keindahan alam itu. Sempat aku curi2 rakamkan gambar pasangan ini;



Tiba2.. mata aku tertangkap kelibat 2 biji kuda putih sedang ditongkat di belakang sebuah kenderaan yang sedang berhenti di belakang kereta aku di tepi highway itu. Ini bermakna aku pun kena cepat2 cabut dari situ sebelum aku diutuskan surat cinta yang perlu ditandatangani dan dibayar itu. Maka tanpa berlengah aku blah dari situ menuju ke R&R yang disediakan.. Dah ada tempat utk berhenti tapi masih nak berhenti kat tepi jalan, alamatnya bersedialah untuk disaman. Nasib aku baek, dapat blah dari situ dengan jayanya tanpa dikejar atau ditahan oleh penunggang2 kuda putih tadi...

Di R&R aku sempat menyaksikan keindahan alam yang berubah sedikit demi sedikit lantaran mentari mula menyembunyikan cahayanya. Sempat juga aku abdikan melalui lensa D70s aku nih..




Bagi seorang photografer.. ini hanyalah sekadar gambar pemandangan.. tiada apa2 yang istimewa kerana tiada cerita didalamnya.. sekadar pemandangan yang cantik... Sesungguhnya alam ini sangat indah andai kita menghayatinya.. Maha suci Engkau yang menciptakan langit dan bumi.